Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Hoki - Malaysia Seri Dengan Kanada

Ipoh - Malaysia gagal mengutip mata penuh pada aksi keempat apabila sekadar seri dua sama dengan Kanada di Stadium Azlan Shah.    

Keputusan ini menyaksikan Speedy Tiger berada di tangga kelima dengan lima mata sama mata dengan Kanada hanya dibezakan melalui jaringan. 

Kanada hampir menjaringkan gol pendahuluan menerusi Mark Pearson namun pukulan padang pemain tersebut tersasar sedikit ke kiri gawang Malaysia. 

Akhirnya, minit ke-21, ketua pasukan Kanada, Scott Tupper tidak mensia-siakan peluang dan berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk meletakkan pasukannnya 1-0 di depan. 

Malaysia terus menggandakan asakan dan pada minit ke-29, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan satu sama hasil jaringan Shahril Saabah juga menerusi pukulan sudut penalti. 

Seminit selepas bermulanya suku kedua, Speedy Tigers  melebarkan kedudukan menerusi gol padang Nabil Fiqri Mohd Nor minit ke-31, selepas memanfaatkan hantaran daripada Shahril Saabah dalam kawasan D. 

Kealpaan pertahanan pasukan negara penghujung suku ketiga dihukum Kanada apabila Matthew Guest bijak memanfaatkan peluang pada minit ke-45 menerusi pukulan padang. 

Kedudukan dua sama terus kekal hingga tamat perlawanan. 

Sementara itu, Ketua Jurulatih Malaysia, Stephen Van Huizen menyifatkan keputusan tersebut sedikit menyukarkan pasukannnya untuk memperbaiki ranking berbanding tahun lepas.