Tuesday, April 24, 2018
vital-top
updated 12:17 PM UTC, Apr 24, 2018

Piala AFC - Selangor Tundukkan Sheikh Jamal 2-1

  • Published in Sukan

Selayang - Perlawanan keempat saingan kumpulan E menyaksikan Selangor berjaya mengutip 3 mata penting selepas menundukkan pasukan dari Bangladesh, Sheikh Jamal Dhanmondi. 

Sementara Ceres La Salle memanfaatkan peluang beraksi dilaman sendiri menewaskan Tampines Rovers. 

The Red Giants tidak menunggu lama untuk menceriakan penonton di Stadium Selayang apabila Ahmad Hazwan Bakri meletakkan Selangor di depan hasil hantaran Andik Vermansyah minit ke-16. 

Bagaimanapun Sheikh Jamal berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 apabila Landing Darboe menjaringkan gol selepas berlaku keadaan kucar kacir di hadapan gawang gol Selangor. 

Aksi di babak kedua semakin panas apabila 2 kad merah dilayangkan pengadil, 1 buat Hafiz Kamal dan 1 lagi buat pemain Sheikh Jamal, Yeasin Khan selepas melakukan kekasaran. 

Ketika perlawanan menuju penamat, awang import Selangor, Patrick Wleh menjadi wira buat tuan rumah apabila menjaringkan gol kemenangan.

Selangor 2, Sheikh Jamal 1.