Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 1:14 PM UTC, May 20, 2018

Trofi Juara-Juara Asia Malaysia Berpeluang Jadi Tuan Rumah

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Malaysia berpeluang cerah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan Trofi Juara-Juara Hoki Asia yang dijadual berlangsung Oktober depan.

Ia berdasarkan pengalaman Malaysia menjadi venue kejohanan antarabangsa termasuk mempunyai kemudahan lengkap.

Ketua Eksekutif Persekutuan Hoki Asia (AHF) Datuk Mohammad Tayyab Ikram berkata selain Malaysia, Bangladesh serta Jepun juga sebelum ini, menunjukkan minat menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan.

Bagaimanapun, Datuk Mohamad Tayyab menjelaskan keputusan mengenai perkara itu masih belum dibincangkan.

Malaysia memiliki kelebihan dipilih menjadi tuan rumah kejohanan berbanding Bangladesh kerana mempunyai kemudahan jauh lebih baik.

Sekiranya Malaysia dipilih, Mohammad Tayyab berkata venue yang sesuai bagi penganjuran kejohanan itu adalah di Stadium Hoki Wisma Belia di Kuantan, Pahang, yang mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa.

Kuantan pernah menganjurkan Piala Remaja Asia pada November lepas di stadium.

Datuk Mohamad Tayyab ditemui selepas majlis perasmian Kursus Lanjutan Pengadil dan Kejurulatihan Tahap Dua.