Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

Skuad Hoki Malaysia Perlu Pertahan Benteng

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Skuad Hoki The Speedy Tigers perlu memperkemaskan benteng pertahan seandainya tidak mahu berputih mata.

Bertemu Kanada esok, kelemahan di benteng pertahan perlu diatasi secepat mungkin.

Skuad hoki Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila turun menentang Kanada kerana perlu mencari 3 mata penting.

Ketua pasukan Razie Rahim berkata kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk mengutip tiga mata penuh jika mempamerkan aksi cemerlang.

Menurut Razie, pasukan yang bermain dengan baik akan menang kerana Malaysia dan Kanada merupakan pasukan rangking ke 13 dan 14 dunia.

Mengenai strategi yang akan digunakan 'The Speedy Tigers' berdepan Kanada, Razie berkata ketua jurulatih Stephen Van Huizen sudah tentu mempunyai perancangannya sendiri.

Perlawanan antara Malaysia menentang Kanada akan berlangsung di Stadium Sultan Azlan Shah pada 8.35 malam esok.

Malaysia tumpas kepada Australia dalam perlawanan ketiga, namun mencatat kemenangan tipis keatas Jepun dan seri ketika berdepan New Zealand.

Turut menjadi tumpuan esok, pastinya pertemuan antara pasukan nombor satu dunia, Australia dengan juara bertahan, New Zealand yang dijadual pada 4.05 petang, selain aksi Pakistan menentang India pada 6.05 petang.