Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Man. Utd Kalah 2 - 1 Kepada Norwich City, Van Gaal Rasa Tertekan

 

London - Norwich City berjaya mengatasi Manchester United 2 - 1, dan pengurus Manchester United, Louis van Gaal mengakui kedudukannya kini diperhatikan selepas skuadnya kalah.

United tewas dalam semua tiga perlawanan terakhir dalam semua kejohanan dan melalui enam perlawanan tanpa kemenangan, ketika mereka kini mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Leicester City dengan sembilan mata.

Van Gaal sudah menyedari kritikan mengenai persembahan buruk United tatkala Jose Mourinho kini sudah bebas selepas dipecat oleh Chelsea Khamis lalu, sekali gus pengendali dari Belanda itu mengakui dia kini menjadi tumpuan.

"Itulah dunia bola sepak," katanya. "Saya tahu mengenainya, ahli majlis juga tahu, pemain juga tahu.

Kami tidak biasa melaluinya kerana secara normal kami menang, jadi ia tempoh yang sukar.

"Kami sudah tewas tiga perlawanan berturut-turut, jadi tidak banyak yang berlaku buat Manchester United. Kami tidak boleh menerimanya dan kerana itu saya perlu ulangi, kami perlu kekal bersama dan percaya terhadap diri sendiri.