Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Bekas Pegawai FIFA Mengaku Bersalah Tuduhan Rasuah

  • Published in Sukan

Amerika Syarikat - Bekas pegawai tinggi bola sepak benua Amerika mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dalam rasuah selepas siasatan Amerika Syarikat terhadap penyelewengan badan induk dunia, FIFA.

Alfredo Hawit, bekas Naib Presiden FIFA dari Honduras yang juga mengetuai Badan induk bola sepak CONCACAF mengaku bersalah di mahkamah persekutuan Brooklyn, New York berkaitan empat tuduhan konspirasi.

Hawit adalah seorang daripada 42 individu dan pihak yang didakwa oleh badan siasatan Amerika Syarikat terhadap rasuah bernilai lebih 200 juta dolar Amerika.

Rasuah diterima pegawai bola sepak untuk memudahkan urusan pemasaran dan hak penyiaran kejohanan serta perlawanan.

Siasatan berkenaan menyebabkan badan induk berpangkalan di Switzerland dan badan induk lain berdepan krisis.