Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Felda United Kembali Ke Tangga Teratas Liga Super

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur - Felda United merampas kedudukan teratas Liga Super daripada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) setelah mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Selangor di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Keputusan tersebut dibantu keputusan seri 2-2 dicatat JDT ketika berdepan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Kemenangan tersebut menyaksikan Felda United mengumpul 18 mata manakala JDT turun ke tangga kedua carta Liga Super dengan 17 mata selepas tujuh perlawanan.

Di Kota Baharu,  JDT gagal mempertahankan kelebihan dua gol sebelum seri 2-2 dengan Kelantan.

Malam ini, tiga lagi aksi Liga Super akan berlangsung membabitkan pertemuan antara Perak dan Pahang FC di Stadium Perak, Ipoh; Sarawak dan Terengganu FC II di Stadium Negeri, Kuching selain pertemuan dua pasukan utara tanah air, Kedah dan Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, Alor Setar.