Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

JDT Masih Cari Pengganti Figueroa

Petaling Jaya - Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) masih menilai beberapa calon penyerang import berpotensi untuk menggantikan Luciano Figueroa untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2016.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Mohd Fahmy Yahya berkata pihaknya sedang mencari calon yang mampu memberi persembahan terbaik seperti yang dipamerkan penyerang dari Argentina itu sehingga membantu pasukan berkenaan meraih pelbagai kejayaan, musim ini.

"(Rakan senegera Figueroa), Jorge Pereyra Diaz akan kembali beraksi bersama kita musim depan, namun pengurusan masih mempertimbangkan sama ada mahu meletakkannya beraksi dalam saingan Liga-M atau Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)," katanya.

Mohd Fahmy ditemui pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015.

Media sebelum ini melaporkan pengendali JDT, Mario Gomez dari Argentina telah menyenaraipendekkan enam calon pengganti Figueroa, yang sudah mengumumkan persaraannya dan mereka terdiri daripada pemain yang beraksi dalam Liga Eropah, China dan Amerika Selatan.

Dalam pada itu, Mohd Fahmy menyifatkan kejayaan skuad Harimau Selatan membolot lapan daripada 17 kategori pada majlis berkenaan merupakan satu pengiktirafan di atas pelbagai kejayaan yang dikecapi musim ini.

Sepanjang musim ini, JDT telah meraih tiga trofi iaitu Piala Sultan Ahmad Shah, Piala Liga Super dan Piala AFC.