Monday, August 19, 2019
updated 10:06 AM UTC, Aug 19, 2019

Chong Wei Teruskan Rentak Kemenangan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan pemain Korea, Son Wan Ho. 

Namun, malang buat barisan pemain perseorangan wanita negara, 2 beregu lelaki serta beregu wanita negara apabila terkandas pada pusingan kedua. 

Sementara itu bintang baru badminton negara Tee Jing Yi gagal meneruskan perjuangan apabila berhadapan dengan pemain nombor satu kejohanan, Carolina Marin. 

Jing Yee tewas straight set, 13-21, 20-22 sekaligus memberikan kemenangan buat Carolina Marin dalam masa 44 minit. 

Turut terkandas, gandingan beregu lelaki negara, Goh V. Shem / Tan Wee Kiong yang tewas kepada pasangan Korea, Lee Yong Dae / Yoo Yeon Seong. 

Yong Dae / Yeon Seong hanya memerlukan 36 minit untuk menang straight set, 21-13, 21-11. 

Berita sedih turut menimpa beregu wanita negara, Vivian Hoo / Woon Khe Wei apabila berdepan dengan gandingan Jepun, Misaki Matsutomo / Ayaka Takahashi. 

Tewas set pertama dan cuba untuk bangkit di set kedua, Vivian / Khe Wei bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan pasangan jepun apabila tewas 19-21, 23-25. 

Dalam satu lagi aksi beregu lelaki, Koo Kien Keat / Tan Boon Heong juga menerima nasib sama apabila tewas ditangan pasangan Korea, Ko Sung Hyun / Shin Baek Cheol. 

Menang set pertama 22-20, Kien Keat / Boon Heong bagaimanapun tewas di set kedua 11-21 dan gagal bangkit di set penentuan.