Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Badminton - Datuk Lee Chong Wei Ke Pusingan Kedua

Kuala Lumpur - Jaguh Perseorangan Lelaki Negara Datuk Lee Chong Wei tiada masalah untuk melangkah ke pusingan kedua selepas mudah menewaskan pemain Jepun, Takuma Euda, 21-11, 21-8 dalam Kejohanan Badminton Siri Super Premier Celcom Axiata Terbuka Malaysia \.

Turut mara perseorangan wanita, Tee Jing Yee, bergu lelaki Goh V Shem / Tan Wee Kiong, bergu wanita Vivian Hoo / Woon Khe Wei  dan bergu campuran Chan Peng Soon / Goh Liu Ying. 

Bergu lelaki negara  Goh V Shem / Tan Wee Kiong turun menentang gandingan Taiwan Chen Hun Ling / Wang Chi Lin dan menang set pertama 21-10. 

Pasangan di ranking ke 14 dunia ini terus mempamerkan aksi bertenaga di set kedua dan menang 21-16. 

Perseorangan wanita Tee Jing  Yee bertemu pemain Indonesia Jauza Fadhila Sugiarto juga menang 21-8, 21-13. 

Bergu campuran Chan Peng Soon / Goh Liu Ying pula berjaya mengenepikan cabaran bergu  Indonesia, Riky Widianto / Puspitha Richi Dili juga melalui keputusan straight game. 

Bergu wanita Vivian Hoo / Woon Khe Wei turut menang straight set 21-17, 21-14 menentang bergu German, Isabel Herttrich / Birgit Michels  .