Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Bola Sepak Wanita - FAM Sasar Mara Ke Pusingan Akhir Piala AFC

Kedah - Skuad bola sepak wanita negara menggunakan aksi Piala Tun Sharifah Rodziah sebagai medan pencarian bakat bagi mencari slot ke pusingan akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia, AFC. 

Sejajar itu, Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM meletakkan syarat baharu mulai tahun ini. 

Pengerusinya, Bridger Jeneral Datuk Norhuda Ahmad berkata setiap pasukan hanya boleh mendaftar 5 pemain berusia 25 tahun ke atas. 

Manakala baki pemain mesti berada dalam lingkungan umur 16 hingga 24 tahun. 

Ini kerana sasaran jawatankuasa tersebut adalah Piala AFC 2022. 

Dalam tempoh enam tahun itu adalah usaha untuk mencari  pemain muda yang mampu diserap ke dalam skuad kebangsaan.

Beliau bercakap pada sidang media sempena perasmian logo dan undian Piala Tun Sharifah Rodziah di Sintok, Kedah.