Tuesday, December 12, 2017
vital-top
updated 9:42 AM UTC, Dec 12, 2017

KBS Timbang Cadangan Sediakan Pegawai Pengiring

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kementerian Belia dan Sukan (KBS), tidak keberatan untuk menyediakan perkhidmatan pegawai pengiring untuk mana-mana atlet yang bertanding di luar negara. 

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan, KBS akan sentiasa berbincang untuk menyelesaikan masalah atlet dan isu yang dibangkitkan bapa Khairul Idham akan diperhalusi. 

Khairy berkata demikian ketika mengulas isu yang dibangkitkan Pawi Omar, bapa kepada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang bersendirian tanpa pengiring setiap kali menyertai kejohanan Moto GP.