Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Olimpik Rio - Fasiliti Siap Ikut Jadual

Brazil - Penganjur Temasya Olimpik Rio beri jaminan semua venue dan fasiliti yang sedang dalam pembinaan akan siap 

mengikut jadual. 

Pengarah Projek Syarikat Perbandaran olimpik Roberto Ainbinder berkata, segala kerja kini berada dilandasan tepat sungguhpun Brazil mengalami ketidak tentuan politik dan ekonomi. 

Brazil kini sedang dalam persiapan untuk menghadapi temasya sukan dunia, Olimpik berbaki empat bulan dari sekarang. 

Namun timbul kebimbangan akan ada beberapa venue yang tidak sempat siap sepenuhnya sebelum temasya bermula. 

Pun begitu, Pengarah Projek Syarikat Perbandaran olimpik Roberto Ainbinder tampil menjelaskan segalanya adalah mengikut jadual. 

Tambahnya, 12 daripada 15 venue olimpik kini telahpun siap dan sedia untuk digunakan. 

Temasya Olimpik Rio akan berlangsung dari 5 hingga 21 ogos 2016.