Logo

Moto3 - Khairul Idham Harap Mampu Kekal Rentak Kemenangan

Kuala Lumpur - Khairul Idham Pawi berharap mampu mengekalkan rentak kemenangan diraihnya di Grand Prix Argentina Ahad lalu apabila bakal berentap pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Dunia di GP Amerika Syarikat hujung minggu ini. 

Pelumba Honda Team Asia berusia 17 tahun itu muncul pemenang kelas Moto3 di Sirkit Termas de Rio Hondo, Ahad lalu sekali gus muncul pelumba Malaysia pertama mencipta nama dalam perlumbaan berkelas dunia itu.  

Kaejayaannya itu jelas membanggakan negara dan mendapat reaksi positif. 

Khairul Idham jelas terharu dengan sokongan padu rakyat Malaysia yang menyokongnya. 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.