Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Nico Rosberg Menjuarai Grand Prix Bahrain

Bahrain - Pemandu Mercedes, Nico Rosberg mengekalkan rekod cemerlang awal musim apabila menjuarai Grand Prix Bahrain di Litar Sakhir selepas menang aksi pembukaan di GP Australia, dua minggu lalu. 

Menggunakan sepenuhnya peluang ekoran kerosakan enjin jentera Ferrari, Sebastian Vettel pada pusingan pemanas serta permulaan perlahan rakan sepasukan, Lewis Hamilton, Rosberg mendahului perlumbaan daripada awal hingga ke garisan penamat. 

Sekaligus, menamatkan harapan Hamilton untuk melakar kemenangan ke-3 berturut-turut pada GP Bahrain. 

Kemenangan itu juga menyaksikan dominasi berterusan Rosberg ke atas Hamilton sejak pelumba England itu merangkul gelaran juara di Texas, Amerika Syarikat, tahun lepas. 

Sementara itu, pemandu Ferrari,  Kimi Raikkonen menamatkan perlumbaan di tempat kedua, 10.2 saat di belakang Rosberg, manakala  Hamilton ketiga.

Perlumbaan seterusnya GP China di Shanghai pada 15 hingga 17 April.