Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Leicester Hampiri Kejuaraan BPL

Manchester - Leicester City semakin menghampiri kejuaraan liga buat kali pertama selepas memungut tiga lagi mata malam tadi. 

The Foxes menewaskan Southampton 1-0 di Stadium King Power, sekaligus menjarakkan kedudukan kepada tujuh mata dihadapan Tottenham Hotspur berbaki enam perlawanan liga. 

Menyedari pencabar lain sudah semakin sukar untuk mengejar, tiga mata penting ketika bertemu The Saints dituntut pengendali Leicester City, Claudio Reneiri. 

Tiga mata itu hadir menerusi kapten pasukan, Wes Morgan yang menanduk hantaran lintang Christian Fuchs pada minit ke-38. 

Gol tunggal perlawanan itu sudah cukup untuk memberikan Leicester 69 mata selepas 32 perlawanan, tujuh mata dihadapan Spurs. 

Mereka hanya memerlukan 12 lagi mata untuk meraih kejuaraan bersejarah Liga Perdana Inggeris berbaki enam perlawanan. 

Di Old Trafford, Manchester United semakin menghampiri slot ke liga juara-juara Eropah selepas kejayan menewaskan Everton 1-0. 

Gol tunggal sumbangan Anthony Martial memberikan skuad Louis Van Gaal 53 mata, hanya satu mata dibelakang seteru setempat, Manchester City ditangga keempat.