Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Marc Marquez Muncul Juara Motogp Argentina

  • Published in Sukan

Argentina - Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez muncul juara Motogp Argentina untuk merampas kedudukan keseluruhan daripada Jorge Lorenzo. 

Perlumbaan pusingan kedua selepas bermula di Qatar minggu lalu menyaksikan saingan terpaksa dipendekkan kepada 20 pusingan akibat kebimbangan masalah tayar. 

Marc Marquez bermula dari petak utama namun ketinggalan dibelakang Lorenzo dan Andrea Dovizioso dipusingan awal. 

Marquez mula memintas Valentino Rossi untuk tempat kedua disusuli satu lagi gerakan pintasan terhadap Lorenzo. 

Sejurus selepas itu, Lorenzo terkeluar daripada perlumbaan akibat terbabas di satu selekoh. 

Rossi dan Marquez bertukar kedudukan sehinggalah pusingan ke-10 apabila pelumba masuk ke pit untuk menukar motosikal. 

Selepas itu, Marquez terus mendahului sehingga garisan penamat. 

Kedua milik Rossi sementara Dani Pedrosa ketiga. 

Dalam saingan Moto2, Johann Zarco memastikan kejuaraan GP Argentina buat kali kedua berturut-turut selepas memintas Sam Lowes dipertengahan perlumbaan. 

Lowes kedua sementara Jonas Folger ketiga.