Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

JDT Mara Separuh Akhir Piala FA

  • Published in Sukan

 

Johor Baharu - Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agregat 6-2 pada perlawanan suku akhir kedua.

Pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, skuad Harimau Selatan menang 5-2 ke atas skuad The Cops.

JDT turun di halaman sendiri dengan berbekalkan agregat 1-0 selepas menang tipis ke atas PDRM pada suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka, 19 Mac lepas.