Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Shaaban Hussin Alami Kecederaan Serius Akibat Kemalangan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pemain golf profesional negara, Shaaban Hussin mengalami kecederaan parah dalam satu kemalangan jalanraya semalam. 

Shaaban yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi dikejarkan ke hospital Sungai Buloh sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan. 

Kemalangan yang menimpa Shaaban jelas sekali mengejutkan rakan-rakan dan peminat golf negara yang cukup mengenali pemain berasal dari Selangor itu. 

Shaaban dikatakan terjatuh daripada motorsikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Guthrie, Shah Alam ketika dalam perjalanan ke Shah Alam. 

Berusia 36 tahun, Shaaban bakal berehat dari aksi golf sekurang-kurangnya setahun selepas mendapat kecederaan serius tangan dan kaki. 

Beliau kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pembedahan malam tadi.