Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Badminton Terbuka India - Chong Wei Tewas

  • Published in Sukan

 

New Delhi - Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei gagal ke pusingan kedua Kejohanan Siri Super Terbuka India apabila tewas kepada Wei Nan dari Hong Kong di New Delhi.

Pemain nombor tiga dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan, tewas straight set 19-21, 19-21 kepada Wei Nan yang berada 11 ranking di bawahnya dalam pertarungan sengit selama 42 minit.

Ini adalah kekalahan mengejut kedua bekas pemain nombor satu dunia itu selepas tersingkir seawal pusingan pertama di Seluruh England kepada pemain India, B. Sai Praneeth, tiga minggu lepas.

Chong Wei yang memburu gelaran keempatnya di Terbuka India selepas menjuarainya pada 2011, 2013 dan 2014, kini akan beraksi di Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam dari 5 hingga 10 April ini.

Pemain berusia 33 tahun itu yang menjuarai Terbuka Malaysia sebanyak 10 kali, kini perlu memberikan aksi yang lebih meyakinkan untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam senarai ranking di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Ogos ini.

Terdahulu, beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke suku akhir selepas menewaskan Wang Yilyu-Zhang Wen dari China 21-18, 21-16.