Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Tenis Terbuka Miami - Angelique Kerber Mara Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

Florida - Dalam saingan suku akhir perseorangan wanita, Angelique Kerber memastikan kemaraan ke separuh akhir selepas menumpaskan Madison Keys dalam pertarungan straight set. 

Kerber beraksi tenang diawal permainan walaupun diasak hebat Keys. 

Namun, selepas saling bertukar mata, pemain no.1 Jerman itu memastikan kemenangan 6-3 pada set pertama. 

Set kedua, Keys gagal membaca gerakan pantas Kerber dan ketinggalan 2-0 sebelum tumpas 2-6 dalam tempoh tak sampai 2 jam. 

Lawan Kerber di separuh akhir nanti ialah Victoria Azarenka dari Belarus.