Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Tenis Terbuka Miami - Goffin Cipta Sejaran Baharu

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pemain Belgium, David Goffin dan bintang muda Australia, Nick Kyrgios meneruskan rentak cemerlang apabila 

mara ke separuh akhir. 

Goffin mengatasi pemain lebih ternama, Giles Simon lewat petang semalam. 

Dalam aksi suku akhir perseorangan lelaki, David Goffin muncul pemain pertama dari Belgium mara ke separuh akhir. 

Goffin pilihan ke15 kejohanan mara selepas menewaskan Giles Simon dari Perancis dalam pertarungan mendebarkan. 

Tewas 3-6 pada set pertama, Goffin bangkit melawan menguasai 2 set berikutnya dengan kemenangan 6-2, 6-1. 

Goffin akan berdepan Novak Djokovic atau Tomas Berdych di separuh akhir esok. 

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, Nick Kyrgios mencetuskan kontroversi ketika pertemuan dengan Andrey Kuznetsov. 

Pemain dari Australia itu bercakaran dengan umpire perlawanan, Cedric Mourier akibat gagal mengawal perasaan. 

Ketika itu, Kyrgios ketinggalan 3-0 kepada Kuznetsov. 

Beliau menyelar tindakan umpire itu yang jelas membuat keputusan berat sebelah. 

Namun, pemain kelahiran Malaysia itu akhirnya menang 7-6, 6-3.