Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong Kandas Di Terbuka India

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Bekas beregu nombor satu dunia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tersingkir daripada Kejohanan Terbuka India selepas tunduk kepada pasangan Korea Selatan pada seawal pusingan pertama. 

Bagaimanapun, dua wakil beregu negara melangkah ke pusingan kedua selepas masing-masing menundukkan beregu China. 

Dalam saingan di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, beregu profesional negara tewas kepada bergu pilihan kedua, Kim Gi Jung/Kim Sa Rang dengan 12-21 dan 21-23. 

Namun, beregu utama negara, Goh V. Shem dan Tan Wee Kiong menampilkan aksi membanggakan apabila mengejut pilihan kelapan, Lin Junhui/Liu Yuchen 21-19 dan 21-18. 

Bekas beregu negara, Hoon Thien How dan Teo Kok Siang turut mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan Liu Cheng/Lu Kai dalam rubber set 21-14, 15-21 dan 21-18. 

Sementara itu, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, yang memburu gelaran keempat Terbuka India terpaksa berpeluh sebelum menang keatas lawan dari Jepun, Kazumasa Sakai. 

Chong Wei menang 21-11, 21-17 dalam masa 39 minit.