Logo

D'Herbs Dijangka Tandatangan Perjanjian Penajaan KFA April Ini

Perbincangan mengenai tajaan produk kosmetik, D'HERBS bersama Persatuan Bolasepak Kedah, KFA berjalan lancar.
  
kedua-dua pihak dijangka menandatangani perjanjian penajaan pada April ini.
 
Kenyataan itu sekaligus merungkai persoalan yang ditimbulkan segelintir penyokong setia Hijau Kuning berhubungan kelewatan penajaan tersebut.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (Presiden KFA) yang juga Menteri Besar Kedah ditemui media selepas menghadiri Solat Sunat Istisqa di Dataran Masjid Zahir, Alor Setar, pagi tadi.

Sebelum ini, Datuk Aliff Syukri menyatakan pihaknya hampir pasti menaja pasukan Kedah.

Malah baru-baru ini, rombongan KFA diketuai Timbalan Presiden, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah telah mengadakan perbincangan bersama pemilik produk Terlajak Laris itu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.