Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Malaysia Seri Dengan Macau 0 - 0

 

Melaka -  Skuad Harimau Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila hanya seri 0-0 berdepan Macau pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Krubong Semalam.

Walaupun menguasai permainan pada separuh masa pertama, anak buah Datuk Ong Kim Swee gagal membolosi gawang Macau, yang berada di ranking lebih rendah dari Malaysia.

Peluang terbaik Harimau Malaysia pada separuh masa pertama hadir pada minit ke-37 hasil hantaran Matthew Davies kepada Mohd Nazrin Mohd Nawi, namun rembatan Mohd Nazrin terkena tiang.

Bersambung babak kedua, Malaysia mendapat banyak peluang menjaringkan gol, namun ketumpulan jentera serangan negara diterajui Norshahrul Idlan Talaha, menafikan segala peluang terhidang.

Ketua Jurulatih Macau Tam Lao San dan pemainnya jelas gembira dengan keputusan itu kerana pasukan berkenaan yang berada di ranking ke-195 dunia, berjaya mengikat Malaysia yang berada di kedudukan ke-166 dunia.