Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Jun 21, 2018

Tengku Abdullah Masih Perlukan Masa Untuk Perletakan Jawatan Presiden FAM

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah masih menimbang sama ada akan terus menyandang jawatan tersebut ataupun mengundur diri.

Tengku Abdullah pernah menyatakan akan memutuskan kedudukanya sebagai Presiden FAM selepas pertemuannya dengan Setiausaha Agung Datuk Hamidin Mohd Amin awal bulan ini.

Baginda juga berhasrat melepasakan jawatan pada 7 September tahun lalu selepas kecewa dengan kekalahan besar 10-0 skuad Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu, UAE pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Piala Asia 2019 DI Abu Dhabi.

Tengku Abdullah yang dipilih menerajui FAM sehingga 2018 mengambil alih tugas daripada ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang melepaskan jawatan selepas memimpin FAM selama 30 tahun dalam Kongres FAM ke-50 pada Mei 2014.