Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Harimau Malaysia Perlu Hormati Macau

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Menjelang perlawanan persahabatan Harimau Malaysia dan Macau malam ini.

Apa sahaja perubahan dan perancangan,  pengendali, Datuk Ong Kim Swee perlu mencatat satu keputusan memberangsangkan.   

Datuk Ong Kim Swee berkata dalam usaha membentuk sebuah pasukan mantap di masa hadapan, pelapis baharu perlu diberi pendedahan secukupnya untuk mendapat rentak permainan.

Pemain muda berkualiti bakal menjadi pelapis buat pemain senior dalam membentuk kesinambungan skuad Harimau Malaysia.

Bagaimanapun beliau tetap menilai prestasi menyeluruh pemain termasuk dalam liga domestik.

Selain itu, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan beliau kemungkinan akan  melakukan sedikit perubahan senarai kesebelasan utama, berbanding ketika menentang Arab Saudi.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Macau, Joseph Tam menyatakan amat menghormati Malaysia.

Tam mendedahkan pemainnya terdiri daripada pemain amatur antaranya guru dan penjawat awam, malah ketua pasukan berkenaan, Paolo Cheng merupakan seorang guru.

Namun, beliau melaungkan amaran bahawa anak buahnya tetap akan berjuang habis-habisan malam ini.

Mereka ditemui pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Macau di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka malam ini.