Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Kejohanan Badminton Premier Terbuka Malaysia Akan Berlangsung Pada 5 hingga 10 April

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kejohanan Badminton  Premier Terbuka Malaysia akan kembali berlangsung di Shah Alam dari 5 hingga 10 April ini. 

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memastikan kejohanan tersebut berjalan lancar kerana pada tahun ini  Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan menilai semula kejohanan itu sama ada kekal berstatus Primier atau tidak. 

Mahu status kategori utama itu dikekalkan, Pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid menyatakan pihaknya sentiasa komited ke arah itu, termasuk menaikkan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai. 

Tiga kriteria utama untuk status Primier dikekalkan ialah  reaksi tetamu kehormat, jumlah kehadiran penonton serta kepuasan pemain. 

Beliau bercakap dalam sidang media kejohanan di ibu negara. 

Turut berlangsung Majlis Pengenalan Logo Baharu dikenali sebagai Celcom Axiata Terbuka Malaysia.