Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 3:37 PM UTC, Apr 25, 2018

Khairy Mahu PKBM Tunaikan Janji

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kurang senang dengan sikap Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, PKBM yang lepas tangan isu tunggakan elaun pelumba lebuhraya negara. 

Lima pelumba TSG yang mewakili negara pada temasya Sukan Sea Singapura tahun lalu dijanjikan elaun khas PKBM sekiranya membawa pulang pingat emas dan mereka menunaikan sasaran itu dengan dua pingat emas. 

Justeru, PKBM wajib menunaikan janji mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar jelas tidak gemar dengan perkara tersebut apabila sekali lagiagensi penting kementerian itu dijadikan kambing hitam atas isu tersebut. 

Katanya MSN mempunyai polisi bahawa elaun tidak dibiayai kepada pelumba profesional yang mempunyai kontrak dengan pasukan dan janji itu adalah pihak persatuan sendiri bukanlah dari MSN. 

Beliau bagaimanapun memberi jaminan kepada pelumba-pelumba terlibat untuk mencari jalan penyelesaian. 

Pada temasya Sukan Sea di Singapura tahun lalu, skuad berbasikal lebuh raya negara menamatkan kemarau 10 tahun apabila memenangi 2 pingat emas acara lebuhraya dan kriterium.