Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Sportspin Event & Athlete Management Anjur Kejohanan Skuasy Dunia Wanita PSA

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Selepas tertangguh sejak Disember tahun lalu akibat penarikan diri penganjur asal, bekas pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar menerusi syarikatnya Sportspin Event & Athlete Management tampil menyelamatkan keadaan, untuk menganjurkan Kejohanan Skuasy Dunia Wanita PSA yang akan berlangsung bulan depan di Malaysia. 

Menariknya, penganjuran Kejohanan Skuasy Dunia ini disusuli dengan penyertaan Kumpulan Syarikat NAZA selaku penaja utama, selain tawaran hadiah wang kemenangan terbesar iaitu 185 ribu dolar Amerika. 

Tengahari tadi berlangsung sidang media penganjuran dan pengumuman pengundian pemain di Kuala Lumpur. 

Kejohanan Skuasy Dunia Wanita PSA akan berlangsung dari 23 hingga 30 april depan di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil. 

Tiga pemain negara layak beraksi iaitu Datuk Nicol David dan Delia Arnold menerusi senarai pemain pilihan manakala Loh Wee Wern layak menerusi tiket wild card. 

Sebuah kereta Citroen DS4 turut ditawarkan kumpulan Naza kepada pemenang.