Monday, August 19, 2019
updated 10:06 AM UTC, Aug 19, 2019

Nicol Gagal Ke Final Terbuka British

  • Published in Sukan

 

Hull - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal memburu gelaran keenam Terbuka British apabila kalah kepada Nour El Sherbini di peringkat separuh akhir di Arena Arico, Hull, England.

Nour, bekas juara dunia remaja 2009, mengatasi Nicol dengan 11-6, 2-11, 11-9 dan 11-6 dalam pertarungan selama 43 minit untuk melangkah ke final buat pertama kali.

Kekalahan tersebut merupakan kali kedua Nicol, selaku pemain nombor dua dunia, di tangan pemain Mesir berusia 20 tahun itu di peringkat separuh selepas Kejohanan Juara-Juara, Januari lepas.

Nicol turut dikecewakan oleh Nour, selaku pemain nombor lima dunia, pada perlawanan suku akhir Terbuka Windy Cindy pada 29 Feb lepas.