Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Beregu Campuran Malaysia Mara Ke Ke Final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka New Zealand

 

Auckland - Beregu campuran negara, Goh Liu Ting dan Chan Peng Soon semakin menghampiri gelaran pertama mereka musim ini selepas mara ke final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka New Zealand.

Dalam saingan separuh akhir, gandingan emas Sukan Asia 2010 itu melakukan kejutan apabila bangkit selepas ketinggalan set pertama 19-21 untuk menyingkirkan pilihan utama, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dari Korea Selatan.

Liu Ting/Peng Soon, selaku pilihan ketiga kejohanan, terpaksa berhempas pulas selama sejam untuk mengalahkan gandingan Korea itu dalam dua set berikut 21-10 dan 24-22.

Liu Ting/Peng Soon akan menentang gandingan China, Zheng Siwei/Li Yinhui pada final esok.