Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

Pelumba Basikal Tuntut Janji - PKBM Perlu Selesai Cara Baik

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Tuntutan tunggakan elaun membabitkan lima pelumba Terengganu Cycling Team TSG tidak perlu diperbesarkan kepada media.
  
Ketua pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi bagaimanapun berkata pihaknya sedia bertemu dengan pelumba terbabit dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

Kesemua 5 pelumba TSG itu mewakili skuad lebuhraya Malaysia pada temasya Sukan Sea Singapura tahun lalu.

Salah seorang pelumba TSG, Adiq Husainie Othman mendedahkan tunggakan elaun hampir setahun yang dijanjikan PKBM.

Skuad lebuh raya negara ketika itu berjaya memenangi dua pingat emas sekaligus menamatkan kemarau 10 tahun di Sukan Sea.

Selain Adiq, lima lagi pelumba terlibat adalah Hariff Salleh, Zamri Salleh, Anuar Manan dan Saiful Anuar Aziz.

Dalam pada itu, dalam perkembangan berlainan, Datuk Ahmad Shapawi menolak kaitan Majlis Sukan Negara dengan status yang dimuatnaik penerjun negara, Pandelela Rinong di laman sosial Facebook nya semalam.

Pandelela mendakwa sebuah organisasi gagal melunaskan hutang selama lebih 8 bulan dengannya.