Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Pemain Bola Sepak Hebat Belanda, Johan Cruyff Meninggal Dunia Kerana Kanser

  • Published in Sukan

 

Amsterdam - Penyerang bola sepak hebat Belanda zaman 70an,  Johan Cruyff, 68, telah meninggal dunia akibat kanser, Beliau yang mencipta nama sebagai penyerang dengan kelab bola sepak Ajax dan Barcelona, dan telah menangi gelaran pemain bola sepak terbaik Eropah tiga kali.

Cruyff memenangi Piala Eropah tiga laki berturut-turut dengan pasukan Ajax, dan sebagai jurulatih Barcelona membawa kejayaan Piala Eropah  yang pertama pada kelab itu pada tahun 1992 dan membantu Belanda mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1974, di mana mereka tewas 2-1 kepada Jerman Barat.

FA Belanda berkata: "Perkataan tidak terkata untuk kerugian yang besar ini."

Ia menambah: "Beliau adalah pemain bola sepak Belanda yang terhebat sepanjang zaman dan salah satu yang terbaik di dunia pernah muncul, takziah kami kepada isterinya, keluarga, rakan-rakan dan dunia bola sepak keseluruhan.