Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Nicol Mara Ke Suku Akhir Terbuka British

  • Published in Sukan

 

London -  Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang memburu gelaran keenamnya di Terbuka British membuktikan seleranya belum hilang apabila dengan mudah mara ke suku akhir di Hull.

Nicol yang juga pemain nombor dua dunia, mengetepikan pemain Australia, Donna Urquhart 11-4, 11-7, 11-6 di pusingan kedua di Arena Airco.

Beliau mempamerkan pukulan hebat terutama di set pertama sehingga pemain Australia itu sukar membalasnya.

Set kedua, bagaimanapun lebih sengit apabila Urquhart bangkit memberikan tekanan tetapi Nicol berjaya menanganinya untuk menang 11-7 sebelum memastikan kemenangan dalam masa 27 minit dengan menamatkan set ketiga 11-6.