Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Pelayar Empat Negara Tiba Awal Untuk Sertai ISAF

Langkawi - Pelayar dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Hong Kong tiba lebih awal di Langkawi bagi mempersiapkan diri untuk Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) dari 27 Dis hingga 3 Jan ini.

Menurut Pengurus Besar Persatuaan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah , keempat-empat negara itu adalah antara 80 negara yang telah mengesahkan penyertaan untuk kejohanan itu.

Malaysia yang akan diwakili 14 pelayar turut giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi kejohanan itu.

Mohd Afendy berkata lebih 300 pelayar dari 80 negara dijangka menyertai kejohanan untuk pelayar di bawah 19 tahun itu.

Sebagai rekod, Malaysia memungut pingat perak bagi kategori 420 lelaki pada edisi tahun lepas di Tavira, Portugal menerusi gandingan Mohd Faizal Norizan/Ahmad Syukri Abdul Aziz.