Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Tempoh Rehat Liga Super - Pengurusan T-Team Beri Amaran Kepada Jurulatih

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Tempoh rehat panjang harus digunakan Ketua jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan untuk memantapkan pasukannya.

Ini kerana, kedudukan Rahmad selaku pengendali T-TEAM bak telur dihujung tanduk berikutan prestasi hambar pasukan kelab dari Terengganu itu.

Bagaimanapun, Rahmad boleh menarik nafas lega kerana pengurusan T-TEAM masih memberikannya ruang dan peluang untuk memperbaiki pasukan sejurus sepak mula Liga Super bersambung bulan depan.

T-TEAM beraksi hambar sepanjang 5 perlawanan liga apabila sekadar mengutip 3 mata.

Ketua Pegawai Operasi T-TEAM, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata kedudukan The Titans ditangga ke-10 liga setakat ini terlalu jauh daripada apa yang telah disasarkan.

Justeru T-TEAM perlu realistik dalam memastikan impian untuk berada dalam kelompok teratas liga mampu dicapai.

T-TEAM masih mencari kemenangan pertama selepas 5 perlawanan dengan 3 keputusan seri dan 2 kekalahan.

The Titans akan turun menentang Kelantan 5 April di laman sendiri.