Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

SIC Belum Ada Keputusan Untuk Anjurkan WSBK Tahun Hadapan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Litar Antarabangsa Sepang SIC masih belum memutuskan sama ada untuk meneruskan penganjuran Kejohanan Superbike Dunia WSBK untuk tahun hadapan. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Razlan Razali memberitahu, banyak faktor perlu diambil kira andai mahu terus menjadi penganjur perlumbaan tersebut. 

Kontrak tiga tahun dengan DORNA akan tamat tahun ini. 

Sekaligus perlumbaan peringkat kelima WSBK di Sepang Mei nanti bakal menjadi kemunculan terakhir SIC dalam sirkit itu. 

Faktor sambutan penonton kurang memberangsangkan selepas 2 tahun penganjuran menjadi sebab utama SIC terpaksa memikirkan kewajaran menjadi penganjur WSBK. 

Tahun ini, SIC mensasarkan peningkatan 5 peratus daripada 24 ribu pengunjung tahun lalu. 

CEO SIC, Datuk Razlan Razali mengharapkan kehadiran pelumba tempatan, Zulfahmi Khairuddin sebagai tarikan utama. 

Datuk Razlan berkata demikian ketika majlis pelancaran kempen #supportfahmi63 untuk WSBK pusingan keenam Malaysia. 

Perlumbaan akan berlangsung pada 13 hingga 15 Mei di Litar Antarabangsa Sepang.