Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Tenis Terbuka BNP Paribas - Serena Williams Kecundang Di Pentas Final

  • Published in Sukan

California - Hasrat Serena Williams untuk kembali menjulang trofi di Indian Wells tidak kesampaian apabila kecundang kepada Victoria Azarenka di pentas final. 

Perlawanan ini turut menjadi viral aksi kecewa dan marah Serena Williams yang mematahkan raket kerana tewas.    

Manakala Novak Djokovic berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kelima selepas menumpaskan Milos Roanic.

Dalam aksi yang dijalankan serentak dengan ATP menyaksikan Victoria Azarenka kembali melonjak ke kelompok 10 pemain terbaik selepas menghampakan Serena Williams. 

Beraksi dibawah cuaca panas terik ternyata menggangu rentak permainan Williams yang kembali menyertai kejohanan ini selepas memboikotnya sejak 14 tahun lalu. 

Pemain nombor satu dunia, Djokovic ternyata begitu mudah menguasai gelanggang berdepan pemain muda Milos Roanic. 

Hanya dalam masa 88 minit Djokovic menang straight set 6-2, 6-0. 

Djokovic yang tidak pernah tewas satu set pun dalam kejohanan ini berjaya menyamakan rekod 27 kemenangan dalam Jelajah Dunia  ATP milik Rafael Nadal. 

Kejayaan ini adalah yang ketiga diraih Djokovic musim ini selepas Terbuka Qatar dan Terbuka Australia.