Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Manchester City Tewas Di Laman Sendiri

  • Published in Sukan

Manchester  - Di Etihad, Manchester City gagal meningkatkan cabaran terhadap pasukan di tangga ketiga, Arsenal apabila tumbang 0-1 kepada musuh tradisinya Manchester United di laman sendiri.

Kekalahan itu memberikan City 51 mata tertinggal empat mata di belakang Arsenal  yang masih berbaki satu perlawanan dalam tangan. 

United pula kekal ditangga kelima dengan 50 mata. 

Kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri bagaimanapun gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh The Citizens. 

United pula yang lebih banyak menguasai permainan. 

Pada minit ke-16, United berjaya menembusi gawang tuan rumah 16 selepas Marcus Rashford mengelirukan penjaga gol Jor Hart untuk muncul penjaring termuda berusia 18 tahun dalam sejarah 171 tahun Liga Perdana Inggeris. 

Menambahkan tekanan Manual Pellegrini, selepas Rahem Sterling meninggalkan padang Hart pula terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan. 

Kedua dua pemain mungkin terpaksa direhatkan antara tiga hingga empat minggu dan bakal menjejaskan persiapan Pellegrini menentang West Ham United selepas ini.