Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Barcelona Tewaskan Arsenal 3-1

  • Published in Sukan

Nou Camp - Juara bertahan Barcelona  sekali lagi mengesahkan tempat ke suku akhir buat kali ke sembilan dengankelebihan agregat 5-1. 

Trio berbisa Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar memastikan kemenangan selesa The Catalan apabila masing-masing meledak satu gol untuk menundukkan Arsenal 3-1 di Nou Camp, awal pagi tadi.    

Beraksi di laman sendiri dengan bekalan selesa 2-0 pada perlawanan pertama, Barca tidak membuangmasa sebaik turun ke padang. 

Serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil apabila Neymar menyudahkan hantaran Luis Suarez untuk gol pembukaan minit ke 18. 

Selepas rehat, The Gunners berjaya mengikat kedudukan hasil jaringan Mohamed Elneny minit ke-51. 

Namun tuan rumah kembali bangkit untuk mendahului, kali ini menerusi aksi akrobatik Suarez menjaringkan gol kedua Barca minit ke-65. 

Memasuki minit ke 88 Lionel Messi pula mengambil bahagian selaku penjaring untuk melengkapkan kemenangan Barca sekali gus menyaksikan gergasi Sepanyol ini kekal tanpa kalah dalam 38 aksi. 

Manakala Arsenal terpaksa menerima hakikat gagal ke suku akhir buat kali keenam berturut-turut.