Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

10 Pasukan Sertai Kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo

 

Sandakan - Sebanyak 10 pasukan termasuk lima dari luar negara akan menyertai Kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Tujuh Sebelah 2016 di padang Kelab Ragbi Eagles IJM Utama, bermula Sabtu ini.

Sepuluh pasukan itu ialah ATM Blackhawks, Belgium Barbarians, Pasukan Brunei 7s, Charis Rugby Sevens (Australia), ERC Borneo Eagles, Pasukan Hong Kong Lelaki dan Wanita 7s, Paly Pirates (Australia), Kelab Ragbi Panthers Blowpipes, Sabah Eagles dan Pasukan Lelaki Singapura 7s.

Pengerusi penganjur kejohanan, Velayuthan Tan berkata kejohanan dua hari itu yang dianjurkan sejak 2001, merupakan antara acara ragbi paling berprestij di negara ini.

Kelab Ragbi Panthers Blowpipes dari Kuala Lumpur menyertai kejohanan itu buat pertama kali pada tahun ini, katanya pada sidang media.