Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

700 Peserta Bakal Sertai Pertandingan Swimathon Port Dickson

  • Published in Sukan

Seremban - Seramai 700 peserta dari 18 buah negara bakal menyertai 'Port Dickson International Swimathon' yang akan diadakan di Pantai Cahaya Negeri pada 20 Mac ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Baharudin Jali berkata antara negara yang menghantar peserta untuk menyertai pertandingan itu adalah United Kingdom, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Jerman.

"Sebanyak enam kategori bagi peserta lelaki dan empat kategori bagi peserta perempuan akan dipertandingkan.

"Peserta bebas untuk memilih jarak renang yang mereka mampu iaitu 2.5 kilometer (km) dan 5km serta diasingkan mengikut peringkat umur yang ditetapkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Tajaan Mock-up sempena acara Port Dickson International Swimathon.

Beliau berkata hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 akan diberikan kepada lima pemenang utama dan 100 trofi kristal akan diberikan kepada peserta yang berjaya menghabiskan renang.

"Jabatan Laut dan Bomba akan memberi pemantauan dari segi keselamatan untuk acara yang julung kali dianjurkan di Port Dickson itu yang turut mendapat tajaan daripada 100PLUS, F&N dan lain-lain," katanya.