Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Selangor Masih Berpeluang Ke Pusingan Kedua Piala AFC

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur - Selangor masih berpeluang ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas menang tipis 4-3 ke atas wakil Bangladesh, Kelab Sheikh Jamal Dhanmondi Ltd pada aksi ketiga Kumpulan E di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh.

Kemenangan sulung selepas dua perlawanan itu, bagaimanapun tidak mengubah kedudukan skuad Gergasi Merah yang kekal di tangga ketiga kumpulan dengan kutipan empat mata.

Dalam pada itu, pendahulu Kumpulan E, Tampines Rovers dari Singapura terus kekal menerajui Kumpulan E walaupun seri 1-1 menentang wakil Filipina, Ceres La Salle FC di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Selangor akan berdepan kelab Bangladesh itu di Stadium Shah Alam, manakala Ceres La Salle FC menanti kunjungan Tampines Rovers di laman sendiri, pada aksi keempat Kumpulan E, 12 April ini.