Tuesday, December 12, 2017
vital-top
updated 9:42 AM UTC, Dec 12, 2017

Tenpin Boling: Natasha Muncul Juara

  • Published in Sukan

Petaling Jaya - Pemain Selangor, Natasha Roslan, berjaya merangkul pingat emas bagi kategori wanita perseorangan menewaskan rakan senegeri, Victoria Chin  dengan perbezaan 91 jatuhan pin dalam Kejohanan Boling Antara Negeri ke-29.

Usaha Victoria untuk mengejarkan di dua games terakhir masih gagal menyaingi Natasha Roslan. 

Wakil Sarawak, Musayyar Khalid dianggap bertuah muncul juara kategori lelaki bawah 21 tahun hanya dengan kelebihan satu pin menewaskan Ahmad Aidil Abdul Halim dari Melaka.

Musayyar Khalid melakukan seribu 341 jatuhan pin selepas tamat enam games.