Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Felda United Duduk Tangga Teratas Liga Super Tewas Pahang 2 - 0

  • Published in Sukan

 

Kuala Lumpur -  Felda United duduk tangga teratas Liga Super selepas mengalahkan Pahang FC 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang semalam.

Kemenangan keempat kali skuad 'The Fighters' menyaksikan mereka mengumpul 12 mata selepas lima perlawanan.

Kedah pula turun satu anak tangga ke kedudukan keenam setelah seri 1-1 menentang Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching. 

Naib juara Liga Super 2010, Kelantan pula melonjak dua anak tangga kepada kedudukan kelima liga selepas menang bergaya 3-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Malam ini menyaksikan perlawanan  PDRM-JDT, satu lagi aksi Liga Super membabitkan pertemuan Perak dan Terengganu FC II juga akan berlangsung.