Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Pengharaman Meldonium - Latvia dan Rusia Persoal WADA

  • Published in Sukan

Latvia dan Rusia terkejut dengan pengharaman ubat perangsang Meldonium kerana setakat ini tiada bukti menunjukkan Meldonium menjejaskan kesihatan penggunaanya. 

Latvia adalah negara pengeluar Meldonium dan dipasarkan dengan meluas dan bebas di Rusia. 

Malah pengeluarnya yakin dadah tersebut turut digunakan oleh beberapa atlet ternama lain selain Maria Sharapova. 

Saintis yang membuat kajian menghasilkan Meldonium,  Ivars Kalvins memberitahu ia berfungsi untuk merawat jantung dan keresahan. 

Pengambilan Meldonium bertujuan meredakan degupan jantung ekoran penggunaan stamina yang tinggi. 

Ini kerana degupan yang tinggi akan meningkatkan otot jantung menyebabkan kekejangan sel  dan menghalang pengaliran darah. 

Ia boleh dianggap sebagai insuran bukannya pembunuh ahli-ahli sukan. 

Bagaimanapun Agensi Anti Doping Antarabangsa (WADA) mengharamkannya sejak 1 Januari lalu setelah mendapati ia mampu meningkatkan aliran darah dan merangsang tenaga luar biasa. 

Keputusan itu dipersoalkan oleh syarikat pengeluar Meldonium, Grindeks dan juga Menteri Luar Rusia Sergei Lavroc. 

Meldonium dianggap sebagai lambang kejayaan santifik buat Latvia sebuah negara kerdil bekas jajahan Soviet itu. 

Memandangkan Soviet pernah menggunakan ubat tersebut secara meluas untuk meningkatkan stamina tenteranya yang berperang di Afghanistan tahun 80an, ia bebas dan mudah di beli di mana-mana farmasi di Rusia. 

Sharapova diberikan Meldonium oleh doktor peribadinya di Rusia bagi merawat jantung dan keresahan dialaminya. 

Klavins yakin selain Sharapova, Meldonium juga digunakan secara meluas oleh beberapa atlet terbnama lain.