Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Liverpool Tewaskan Manchester United 2-0

  • Published in Sukan

Liverpool - Liverpool mengatasi Manchester United 2-0 pada saingan pusingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Europa awal pagi tadi.

The Reds yang mendominasi perlawanan sejak minit pertama memperoleh gol menerusi jaringan penalti Daniel Strurridge minit ke-20 dan cubaan Roberto Firmino pada minit ke-73, sekaligus meletakkan skuad kendalian Jurgen Klopp selesa menjelang pertemuan kedua minggu depan. 

United pula perlu berterima kasih kepada penjaga golnya, David de Gea yang tangkas menggagalkan beberapa cubaan gol Liverpool.

Dengan kedua-dua pasukan bergelut untuk menamatkan musim dalam kelompok empat teratas Liga Perdana, kejayaan dalam Liga Europa tampak menjadi harapan terbaik mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara pada musim depan.