Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Koo/Tan Mara Ke Suku Akhir Kejohanan Seluruh England

Kuala Lumpur - Bekas juara Seluruh England 2007, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong melakar kejutan selepas menundukkan pasangan beregu lelaki nombor dua dunia, Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan dari Indonesia pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Premier di Barclaycard Arena di Birmingham, England.

Pasangan bukan pilihan itu mempamerkan aksi cemerlang untuk mencatatkan kemenangan 21-15, 15-21 dan 21-17 dalam perlawanan yang berlarutan selama 49 minit.

Koo/Tan yang akan bertemu sama ada rakan sepasukan, Goh V Shem/Tan Wee Kiong atau pilihan kelima, Chai Biao/Hong Wei dari China pada suku akhir.

Perlawanan antara kedua-dua pasangan berlangsung kir-kira 4 petang Khamis waktu tempatan (2 pagi, Jumaat waktu Malaysia).