Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Sarawak Kaji Tenaga Alternatif Bagi Kawasan Luar Bandar

Miri - Sarawak akan memperkenalkan inisiatif baharu untuk mengurangkan beban kewangan masyarakat yang bergantung kepada generator kuasa diesel di kawasan pedalaman negeri ini.

Menurut Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, inisiatif baharu itu dikenali Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) selaras dengan inisiatif transformasi luar bandar di negeri ini untuk memastikan elektrik dibekalkan kepada semua.

"RM500 juta diperlukan bagi inisiatif ini," katanya pada majlis pecah tanah stesen janakuasa Lambir, Sarawak Energy Berhad (SEB) bernilai RM120 juta.

Beliau berkata sebanyak 322 kampung dengan 8,700 isi rumah di kawasan pedalaman telah dikenal pasti untuk dibekalkan dengan tenaga alternatif seperti teknologi solar dan mikro-hidro.

Pelaksanaan SARES adalah disebabkan keterbatasan Skim Elektrik Luar Bandar (RES) yang tidak sampai ke kawasan pedalaman berikutan cabaran dari segi geografi, katanya.